Kalau kita lihat daripada satu sudut sahaja, maka akan kita perhatikan bahawa Radio Internet hanya berkisar dalam dunia hiburan semata-mata, sedangkan, kalau kita perluaskan kajian ini, maka, akan kita dapati bahawa radio internet punya banyak ruang di dalam pelbagai industri lain di tanah air.
Industri Hiburan.
- Boleh dijadikan /dimainkan sebagai 'preview' atau promosi kepada album-album artis. Ini baik untuk kepenggunaan, supaya pengguna tahu lagu yang mereka akan beli sememangnya berkualiti. Kita boleh 'komplen' nasik lemak makcik depan rumah kalau tak sedap, tapi kita hanya boleh komen bila terbeli lagu yang tidak sedap!
Industri Perkilangan
- Sebagai medium komunikasi yang paling baik untuk menyampaikan informasi kepada pekerja tanpa perlu mengadakan perjumpaan/bersemuka. Lebih-lebih lagi jika melibatkan jarak yang jauh dan masa yang panjang.
Industri Perkhidmatan
- Boleh dijadikan sebagai 'value added' kepada pelanggan, bakal pelanggan atau prospek.
Dan semestinya banyak lagi yang tidak dapat dihuraikan di sini dengan panjang lebar.